HOME OFFICIAL BLOG Facebook Fanpage Twitter
Cikgu_House: 2011

Thursday, November 3, 2011

SELAMAT MENGULANG KAJI !

Kami, 


kumpulan PPISMP 3 D, ambilan Jun 2010,

mengucapkan

❤ Selamat mengulangkaji pelajaran 

❤ Selamat belajar 

❤ Selamat membaca nota-nota 

❤ Selamat berbincang 

❤ Selamat maju jaya 

kepada semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu.


Semoga kita semua dapat menduduki peperiksaan dengan

 yakin dan menjawab soala-soalan peperiksaan dengan baik.

Wednesday, November 2, 2011

SEKALI LAGI!


Salam sejahtera ! Apa khabar anda semua ? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengunjungi blog buruk kami ini yang menjadi arena persilatan lakonan dan juga hikayat yang kami pentaskan dalam layar IPG Kampus Bahasa Melayu. Baiklah, catatan pada kali ini sekadar catatan yang kami ukirkan buat kenang-kenangan pada masa hadapan.


Sekali lagi...
PPISMP 3 D mengukir kenangan terindah apabila berjaya merebut gelaran JOHAN dan NAIB JOHAN pertandingan bola tampar anjuran Kelab Bola Tampar PPISMP semester 3, 2011. 
Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari itu benar-benar menyeronokkan. Para peserta dapat menyertai suatu aktiviti riadah, mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, dan juga mencungkil bakat-bakat para pelajar dalam bidang ini.



Berikut merupakan antara cebisan memori yang sempat dirakamkan oleh kamera kami. Sekalung penghargaan buat saudara Moriss MC kerana sudi menyumbangkan gambar.



Pemain perempuan dari kelas kami yang menjadi JOHAN:)
Floe, Lyeen, Eva, Jaelle,
 Aida, Suri dan Lilo.
Tiada dalam gambar : Syuhada, Roslyna, Tracey, Memiey, Ainsyah

Hantaran pertama dari kumpulan kami :)
Berjaya mengumpul 7 mata permulaan :)

Kumpulan PPISMP 3 C perempuan yang menjadi seteru kami dalam pusingan akhir :)
dan seorang penyokong mereka - Asmad. hehe


Jejaka dari kelas kami yang mendapat tempat NAIB JOHAN :)
Akmal, Zul, Hafiz, Rabi, Afik,
Moriss dan Izzat.
Tiada dalam gambar: Onjoy.

Selain daripada permainan bola tampar dalam gelanggang, pihak penganjur juga mengadakan pertandingan mengimbang bola. Sekali lagi kami menguasai. hehe.
Tempat ke-2 sehingga ke-5 menjadi milik kami :)
2 : Floe
3 : Lyeen
4 : Aida
5 : Suri

Dalam pusingan akhir pertandingan ini, PPISMP 3 D telah bertemu dengan PPISMP 3 C, baik kumpulan lelaki mahupun kumpulan perempuan. Semangat yang ditonjolkan semasa pertandingan berlangsung amat memberansangkan dan membanggakan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada kumpulan kami terutamanya PPISMP 3 E :) Jasamu dikenang, sorakanmu diingat :)

Adik, abang, dan kakak PPISMP 3 D,

kekalkan semangat yang kita ada pada hari ini. Buanglah segala sikap yang tidak matang agar kita mampu menjadi seorang guru yang terbaik dan boleh dibanggakan oleh negara.

Tahniah kerana berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan yang lain bahawa UKHUWAH kita erat, SEMANGAT kita jitu, USAHA kita padu dan KEYAKINAN kita teguh! Walau apa-apapun yang akan terjadi, semoga kita dapat menyelesaikannya bersama-sama sebagai satu keluarga bahagia yang GAH.

TAHNIAH!

Setiap satu daripada kita adalah yang terbaik!
Yakin bahawa kita tetap yang terbaik, dan akan tetap melakukan sebaik yang mampu, untuk kejayaan kita bersama-sama!
Kalah menang, itu hal yang terkemudian :)

sayang kamu semua :)

Wednesday, October 26, 2011

Senarai Ahli Jawatankuasa PISMP Semester 1D/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia 'teratak PPISMP 3D", sudah lama teratak ini tidak menulis atau mengarang idea buat tatapan dan sajian mata yang sedia kuyu. Baiklah, berbalik pada motif asal catatan kali ini ditulis adalah untuk memperkenalkan barisan peneraju kepimpinan pada semester hadapan.

Semester hadapan merupakan semester pertama buat "penghuni teratak PPISMP 3D" dalam menempuh kehidupan bergelar siswa dan siswi yang akan mengejar cita-cita untuk mengenggam segulung IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN dalam tempoh 4 tahun mulai tahun hadapan.

Sekaligus, mengubah "teratak PPISMP 3D" kepada "Teratak Kasih PISMP 1D" dan di situlah bermulanya kehidupan sebagai seorang bakal guru yang sempurna dan bukan lagi seperti kehidupan sebagai pelajar persediaan!Itu tekad kami!

Kepimpinan pada tahun hadapan akan diterajui oleh Rabi Matius


Seterusnya, Nurul Aida binti Hamdan selaku pembantu pucuk kepimpinannya.


Kemudian, hal-hal yang berkaitan dengan "Teratak Kasih PISMP 1D" akan dilakarkan satu persatu oleh Setiausaha agung kehormat iaitu Jalinah binti Jimpih.


Bahagian sumber kewangan akan diaudit setiap bulan oleh Bendahari agung kehormat iaitu Tracey Veneysaa anak Nicholas dan akan dibantu oleh Saudara Zulhilmi bin Abdul Rahman selaku timbalannya.



Selain itu, sekalung ucapan tahniah dan terima kasih buat kepimpinan pada semester 3 ini yang telah menunjukkan corak kepimpinan yang sangat matang dan dinamik, semoga kepimpinan ini akan terus dijadikan contoh dan terus mendapat sentuhan transformasi daripada kepimpinan yang terbaharu.

Terima kasih diucapkan buat Saudara Mohd.Izzat Illham bin Mustapha dan Vetaria anak Unja selaku pengerusi dan timbalan pengerusi buat "Teratak PPISMP 3D"



Semoga kejayaan terus mengiringi kita dan semoga kita terus mencipta kegemilangan dari masa ke semasa!!

Saturday, September 10, 2011

RAYA BERSAMA DR. ALI

Assalamualaikum semua...
Lama dah sangat PPISMP 3D tak hantar khabar berita...Tak berkongsi suka dan duka di ruang maya yang sangat-sangat indah...Okey kan?Hehehehe..Okey....rasanya..masih tak terlewat..PPISMP 3D nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang datang berhari raya di BLOG  PPISMP 3D yang serba kekurangan ini...

9 September 2011, semalam..PPISMP 3D pergi beraya di rumah Pensyarah yang paling rapat dgn PPISMP 3D...yang selalu cerita2..selalu gelak sampai pecah urat tekak...dan paling penting selalu merapu dan membebel..sampai beliau dah satu kepala dgn kami..hahahaha..

Okey...beliau ialah....Jeng3x...(bunyi suspen sikit..)
DR.HAJI ALI BIN HAJI MAHMOOD.....

okey..kenal tak2..okey..nanti PPISMP 3D kenalkan ..jom tengok gambar2 di bawah..


Opsss.....lambat pulak line ni..tengok di sini pulak...

okey..Selamat Berhari Raya..~~

Friday, July 29, 2011

SELAMAT KEMBALI IZZAT

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...
Selamat kembali dan selamat bertugas semula diucapkan buat ketua kelas tersayang...


MOHD IZZAT ILLHAM BIN MUSTAPHA...

Semoga kursusu kepimpinan yang dihadiri selama 3 hari 2 malam berjaya membentuk Izzat menjadi seorang pemimpin yang baik,adil dan berjiwa tulus...seehhhhh...terbaiklah Izzat...
Buat rakan2 lain...jom kita bantu Izzat..jangan buat Izzat stress....Izzat..kami warga yang dipimpin sentiasa mendokan Izzat berjaya memimpin kami ke arah yang baik...

Majulah Izzat untuk PPISMP 3D!!Majulah!!!

Thursday, July 28, 2011

SELAMAT BERPUASA

PPISMP 3D MENGUCAPKAN

                     
SELAMAT BERPUASA



Buat semua warga IPGM KBM

Puasa..jangan tak puasa...

Tuesday, July 26, 2011

KAMI TETAP SATU!


hai semua ~ apa khabar para 'pelajar guru'? haha. lucu pula taw bila sebut pelajar guru.. dulu guru pelatih.. ewahh2~ dah cantik nama guru pelatih, kena tukar pula p pelajar guru.. huhu.. takpe2.. nama 2 tak menjanjikan apa2 ye tak ? yang penting kualiti kita sebagai guru.. kan3 ? betul3(kata Lyeen) haha.. ammmmmm.. berkenaan dengan TAJUK post pada hari ney.. hehe.. nak sebarkan skit kepada semua pembaca.. hehe




sebagai manusia yang masih mencari diri kita dalam pentas kehidupan ini, for sure mestilah akan adanya kepincangan yang terpaksa kita hadapi bersama kan3 ? hehe.. tapi klas kita best ! sebab, walaupun banyak kes gaduh2 sayang terjadi, kita tetap bersatu.. walaupun sampai ada kes berjeling-jeling, umpat-mengumpat, but we always know, we are  ALL FOR 1,1 FOR ALL !


trimas untuk kerjasama yang diberikan dalam pelbagai aktiviti dan perancangan.. setakat ini kita dah berjaya mengendalikan pelbagai dugaan dalam kelas kita.. malahan menonjol dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan.. sesungguhnya rakan-rakan, semua ini pengalaman. so, next time, apa2 aktiviti, kita mesti sertai.. walaupun tak bagus sangat dalam bidang 2 tetapi sekurang-kurangnya kita menyertai dan menimba pengalaman ! ok kawan-kawan ! jangan jadikan perkara remeh menghalang langkah anda untuk mencapai kejayaan !



and semasa buat keja 2, jangan banyak alasan yeee.. kita kan bakal guru, patutnya bukan menyambut setiap tugasan atau pertanyaan dengan alasan yang lapuk seperti : 'alamak., lupalah...' atau 'sa x tahu apa soalan kita' atau 'sa busy semalam' atau 'sa x tahu macam mana maw buat' atau 'biarlah c ehem yang buat, diakan rajinnn..' dan pelbagai alasan lain yang boleh menjengkelkan rakan ataupun ahli kumpulan anda.. sebab kalau dah diberitahu setiap hari, dah kena suruh salin soalan, dah seminggu kerja tu diberi, dah ada rakan sekumpulan, mustahil masalah2 2 timbul. tak ada sepatutnya.. ok ~ hehe.. kan bagus law kita bersama-sama selesaikan semua masalah yang ada ? kan3? yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul ~~









jadi, memandangkan esemen pun dah datang, maka, saya mengucapkan selamat maju jaya untuk menyiapkan segala tugasan yang diterima.. ingat, we are here for anyone to ask, discuss and talk to. as a family, we listen to any stories, but as a family member, you must respect us too :) so, kawan2, apa2 pun, kita la yang paling mantap ! jangan lupa ituuuu.. hehe..



Sunday, July 24, 2011

LAWATAN KE ZOO NEGARA

Assalamualaikum semua...Pada 23 Julai 2011...PPISMP 3D pegi jalan2 di Zoo Negara....PPISMP 3D pegi dengan mentor tersayang..Mr.Santharan....Meriah sangat2...Seramai 20 orang pegi 'buat kecoh' dekat Zoo tu..Kalau boleh dengan PPISMP 3D sekali masuk dalam kandang masing2...Apa yang menarik...Cadangan ni hanya rirancang 2 minggu sebelum nak pegi dan alhamdullilah berkat kerjasama dan berbekalkan slogan ' ALL FOR 1 & 1 FOR ALL'.... kami berjaya juga menyiapkan kertas kerja dan akhirnya disahkan oleh Dr.Ali...pensyarah paling BESTTTTTTTTTTTTT dalam kelas..Okey..Jom kita tengok gambar PPISMP 3D yang tengah sakan tengok binatang ( kawan2 mereka..:D)

 Yang ni dekat dalam bas..baru nak jalan..

 Dah sampai Zoo...Tapi PPISMP 3D kena tunggu mentor datang...

 Sekarang ni tengah tunggu mentor..Tengok muka Cici....dah penat dah ni...Jom balik..hehehe
Aikk....tengah duduk tunggu metor..nampak pulak Nadia AF...jadi PPISMP 3D pun tumpang glamor..:D
 Bila dah dapat pas masuk..masing sibuk nak tunjuk...Hafiz juga paling semangat..
Okey guys!!Jom masuk..Aik Cici juga yang duk depan...Syabas Cici!!


 Ha...binatang ni la kami jumpa dulu..comel kan..Masa Onjoy nak ambik gambar dia terus duk macam ni...ni namanya BABUN...sweetttt.....macam.....Tuuuuuuuutttttttttttt....


Nie ketua yang paling handsome...Time ni kena pilih..ikut kiri ke kanan....so,disebabkan kanan lebih afdal didahulukan....kami pilih kanan....hehehhe


 Ni replika jer pun..berani la duduk....Tapi..replika pun..tangan Afiq & Rabi takleh lepas dari mulut binatang ni..nak tengok?Nah....

Lucu sangat time ni..dorang ni ingatkan main2..rupanya betul2 tangan tak leh keluar...Apapun...satu ayat..
RASAKAN PEMABALASAN INI!!

Barisan comel2 ni...tengah tunggu show time...hehehe..yang lain dah pegi beli makanan...sebab dah lapar...tapi kami setia duk sini..jaga tempat..:



 Show bermula...



Show dah nak berakhir..show ni lebih best sebab ada singa laut yang pandai tepuk tangan..yuhuuuuu
Akuarium ikan yang besar...hehehe...Banyak sangat ikan dalam ni...

Sebelah ni pulak rumah penguin yang sangat comel..penguin2 tu akan ikut semua gerakan kita yang ada di luar...
Flamingo....

 Ha..yang ni kawan Hafiz..semalam mereka dah tukar2 no hp dan akuan fb...Tahniah Hafiz...(mereka sama tinggi,...)
 Nie pula kawan Rabi...masa yang lain datang tak da pun rusa ni nak pandang..Lepas tu..Rabi datang....Rusa ni pun terus dekat..Cayalah Rabi!!!
 Yang ni Ayam Belanda..Tapi..Afiq marah sangat...Afiq cakap ni MERAK...so,yang lain pun iya kan je la....
Lepas tu bila masuk HOUSE BIRD..kami tunjukkan dengan dia MERAK...Lepas tu dia buat tak taw je..padan muka..ada plak Ayam Belanda jadi Merak...

Izzat.."Rehat dulu..penat la..."
Mimi."Lepas ni kita tengok harimau...."
Onjoy..."Bateri kamera aku dah kosong....."
Lyeen.."Lapar...."
Rabi.."Aku belum penat..."
Okey,..selepas rehat kejap di bawah pohon asmara ni..kami pun pegi tengok harimau,orang utan,beruang,lebah,kuda dan lain2 lagi binatang....

Lepas ni...PPISMP 3D akan melancong ke destinasi berikutnya iaitu...
PORT DICKSON....

yUP...Kami memang suka melancong....

Bye semua...

 
Fully Design By Nabeel Fikree | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome