HOME OFFICIAL BLOG Facebook Fanpage Twitter
Cikgu_House: June 2013

Thursday, June 27, 2013

3 Tahun Bersama.

Assalamualaikum.

Pejam celik. Pejam celik. Pejam........ Celik. Alhamdullilah dah 3 tahun kita sama-sama menimba ilmu di IPG Kampus Bahasa  Melayu ini. Tak sangka dah lama. Kalau kahwin ada anak 16 dah. Okay, admin over! Semoga semuanya semakin matang dalam apa jua keadaan. Bukan mudah nak senang. Terlalu banyak dugaan yang perlu untuk kita hadapi. Dari mula sekecik-kecik junior hinggalah sekarang pertengahan senior. Banyak suka dan duka.








Semoga ukhwah ini tidak terhenti disini sahaja. Kekuatan persaudaraan terletak pada kasih sayangnya. Rapuh kasih sayangnya maka ranaplah persaudaraan.

Friday, June 14, 2013

Selamat Kembali 4D Sesi 2013

Assalamualaikum.

Admin yakin bahawa ramai yang dah packing barang nak balik semula ke IPG kan? Alhamdullilah, cuti pun dah habis dan semestinya bermula juga kuliah Isnin depan sebagai seorang guru pelatih Semester 4 untuk tahun 2013 ini. Banyak yang mengancam jiwa dan perasaan dan semestinya akan berdepan dengan subjek yang lebih penuh onak dna durinya.


Apapun yang berlaku even 150 juta masalah yang kita hadapi, percayalah bahawa akan ada kemanisan dipenghujungnya. InsyaAllah. Baiklah, kat sini juga admin nak kenalkan barisan jawatankuasa tertinggi PISMP Semester 4 tahun ini. Diharapkan, kalian tabah dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Okay, chill la bebbb..:)


Mohd Afiq Aizad bin Akub
Ketua Kuliah


Nur Syuhada binti Rosli
Penolong Ketua Kuliah


Rabi Matius
Setiausaha


Nursa Umira binti Sazuki
Bendahari

Tahniah! Erm..AJK kecil-kecil tu kami tak buat lagi. InsyaAllah Isnin depan kot.
Rindu nak jumpa classmates ni. Tak sangka dah jadi senior..:p

Wednesday, June 12, 2013

Sekitar Majlis BBQ Akhir Semester 3

Assalamualaikum!

Biar gambar menyampaikan cerita. Sebelum cuti akhir semester 3 tadi berlangsunglah lagi satu majlis yang sangat cool dan meriah bagai nak rak. BBQ time! Kami buat kat Blok D je berhadapan dengan Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan iaitu jabatan mentor kami yang baik hati..:)

Semoga ukhwah ini akan terus berkekalan. Apapun, Rabi, mohon selepas ini lebih berhati-hati dengan orang yang nak ambil gambar.

Heloran & Kak Ain yang selalu awal sampai di tempat kejadian. Comel je korang kan. Mohon tengok balik gambar ni bila kita dah habis study. Mesti korang rindu dengan muka ni..:D

Ketua kelas yang handsome dan penolongnya yang cantik. Mereka berjaya mentadbir kelas sepanjang satu semester ini dengan jayanya. Alhamdullilah. 

Rajin budak ni. Pandai masak. Comel. Orang-orang tua kata orang rajin ni petanda dah sampai 'seru'.

Admin sambung kemudian okay. Apapun, program seperti ini berjaya mengeratkan lagi sillaturahim dalam kalangan kami. Sebab, kami main simbah-simbah minyak dari Blok D sampai asrama. Minyak habis pun sebab kita main baling-baling minyak beregu! Apapun, sampai ketemu lagi..:)

p/s: Gambar lain boleh tengok kat Pages Rasmi..:)


Kembali Lagi.

Assalamualaikum!

Setelah lama blog ini bersawang dengan pelbagai sawang haiwan ternakan. Akhirnya, admin kembali menghapuskan segala kotoran degil dengan mengemaskini segala-galanya. Penat membersihkan segala kotoran. Maka, admin akan kembali dengan entry seterusnya!


Semestinya blog kali ini akan lebih aktif dari sebelumnya.
Stay tune!

 
Fully Design By Nabeel Fikree | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome